Search
Wednesday, November 19, 2008..:: Home::..Register  Login
  • Pelaksanaan mySMS dilakukan secara berperingkat iaitu dalam 3 Fasa bermula 2008 sehingga 2010. Bagi pelaksanaan Fasa 1, sejumlah 53 agensi Kerajaan dalam kawasan Lembah Klang telah dan sedang dalam peringkat menyediakan perkhidmatan SMS. Satu majlis pelancaran mySMS telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Perancangan seterusnya adalah untuk memperluaskan perkhidmatan SMS kepada seluruh agensi Kerajaan di Malaysia dalam Fasa 2 (2009) dan Fasa 3 (2010).
  • Satu Majlis Sesi Taklimat mengenai kemudahan SMS Kerajaan telah dianjurkan. Tujuan sesi taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan mengenai kemudahan-kemudahan SMS yang perlu disediakan oleh setiap agensi. Sebanyak tiga puluh lapan agensi telah hadir didalam sesi taklimat tersebut. Taklimat yang disampaikan oleh En. Azli Paat selama dua jam, telah menerangkan mengenai konsep kemudahan SMS, konsep prasarana SMS dan pemantauan SMS yang diterima.
Copyright 2008 by mampu.dapat.com   Terms Of Use  Privacy Statement